Dunia Sains dan Teknologi
Sunday, 13 May 2012
Friday, 11 May 2012
Lampiran 4
Namakan haiwan-haiwan berikut .
Padankan haiwan dengan namanya .
Lengkapkan perkataan berikut .
Lengkapkan teka silang kata berikut .
Thursday, 10 May 2012
Rancangan Pengajaran Harian
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata pelajaran : SainsTahun 1
Kelas : 1 Dinamis
Tarikh : 23hb. Feb. 2012
Masa : 8.45pagi-9.45pagi
Tempoh : 60 minit
BilanganMurid : 28 orang
Tema : Sains Hayat
Tajuk : Haiwan
Standard Kandungan : 3.1 Menganalisis haiwan dan bahagian tubuh haiwan .
Standard Pembelajaran:
3.1.1 Mengenal pasti haiwan yang terdapat di sekeliling seperti kucing, ikan, burung, ular, katak, lipas, siput dan rama-rama .
Pengetahuan Sedia Ada:
1. Murid-murid biasa melihat haiwan yang terdapat disekeliling rumah mereka.
2. Murid-murid boleh menyebut sesetengah haiwan yang berada di rumah mereka.
Kemahiran Proses Sains: Memerhati, Mengelaskan, Berkomunikasi
NilaiMurni : 1. Menghargai ciptaan Allah.
2. Minat dan ingin mengetahui tentang alam sekeliling.
3. Menyayangi haiwan.
Sumber : 1. BukuTeks
2. Slide Power Point
3. LembaranKerja
4. Gambar-gambar haiwan
5. Lagu “Old Mac Donald Had A Farm”
Pendekatan: : Pendekatan Kontekstual, Pendekatan Konstruktivisme
Langkah/ Masa
|
Isi Kandungan
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Mencungkil Idea
( 5minit)
|
Lagu
|
1. Guru memainkan video “Old Mac Donald Had A Farm”
2. Guru meminta murid melihat dan mendengarkan video dengan baik.
3. Guru meminta murid menyebut nama-nama haiwan yang terdapat dalam video yang biasa mereka lihat di kawasan kediaman mereka.
4. Guru mengaitkan proses pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan haiwan.
|
BBM: Lagu ‘Old Mac Donald Had A Farm”
Haiwan di dalam Video:
1. Itik
2. Lembu
KPS:
1. Komunikasi
|
Penstrukturan Idea
(10minit)
|
Mengenali Haiwan
|
1. Guru menunjukkan murid beberapa gambar haiwan.
2. Guru meminta murid meneka haiwan tersebut.
3. Guru membimbing murid untuk mengeja nama-nama haiwan tersebut.
4. Guru meminta murid menamakan haiwan-haiwan lain yang mereka pernah lihat.
|
BBM: Gambar haiwan/ model haiwan:
Lampiran1
1. Kucing
2. Arnab
3. Ayam
SPS: Memerhati
KPS: Komunikasi
|
Aplikasi Idea
( 25minit)
|
1. Guru meminta murid berada dalam kumpulan 4 orang.
2. Guru mengedarkan sampul surat berisi gambar 2 jenis haiwan kepada setiap kumpulan.
3. Guru meminta murid menamakan dan mengeja haiwan-haiwan tersebut secara berkumpulan.
4. Guru meminta kumpulan memperkenalkan haiwan-haiwan tersebut kepada rakan-rakan sekelas yang lain.
|
BBM : Gambar
Lampiran 2
| |
Penggunaan Idea
(10minit)
|
Melukis Haiwan yang disukai
|
1. Guru menunjukkan Slide Power Point yang memaparkan gambar-gambar haiwan.
2. Guru membimbing murid untuk melakarkan haiwan yang mereka sukai.
3. Guru membimbing murid untuk merumuskan kepentingan haiwan terhadap manusia dan alam sekitar .
|
BBM: Slide Power Point (Lampiran 3)
KPS: Memerhati
Komunikasi
|
Refleksi
(10 minit)
|
1. Guru mengedarkan lembaran kerja untuk menguji kefahaman murid.
2. Murid menyiapkan lembaran kerja.
3. Guru mengingatkan murid-murid untuk menghargai segala haiwan yang Allah ciptakan dan menyayangi mereka.
|
Lampiran 4
NilaiMurni:
1. Menghargai ciptaan Allah
2. Sayang pada haiwan .
|
Pengenalan Kerja Kursus
Blog ini di bina sebagai salah satu tugasan yang perlu dilaksanakan untuk program PPG di bawah kursus KPD 3016 iaitu Pengajaran , Teknologi dan Pentaksiran . Kami di kehendaki secara berkumpulan menbina sebuah modul pengajaran pengajaran dan pembelajaran yang bersifat interaktif dan multimedia di atas talian .
Pensyarah kami: Doktor Azidah bt. Abu Ziden
Ahli kumpulan kami:
1. Pn. Nor Aini bt Ishak
2. Pn. Rohana bt Ismail
3. Pn. Siti Najihah bt Mohd. Noor
4. Pn. Hanisah bt Muhamad
Subscribe to:
Posts (Atom)